SEJARAH FAKULTI


Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) telah ditubuhkan pada tanggal 14 Januari 2004. Walaupun merupakan sebuah fakulti baharu (pada nama), sejarahnya boleh diimbas kembali sejak penubuhan School of Administration and Law pada tahun 1965. Pusat pengajian tersebut bermula sebagai sebuah pusat yang menawarkan program luaran British seperti Institut Setiausaha Berkanun (kini dikenali Institut Setiausaha & Pentadbir Berkanun) serta program external LLB (Kepujian), Universiti London. Satu-satunya program dalaman yang ditawarkan pada waktu itu adalah Diploma Pentadbiran Awam dan Kerajaan Tempatan. Program utama ini kemudiannya dinamakan sebagai Diploma Pentadbiran Awam dan juga ditawarkan melalui mod e-PJJ di hampir kesemua kampus.

Terdapat program-program lain yang unik di peringkat siswazah serta pascasiswazah turut ditawarkan dan menjadi kebanggaan fakulti ini. Pada tahun 1993, fakulti ini memperkenalkan kursus Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (Kepujian) bagi melatih anak-anak muda serta masyarakat dalam profesion sebagai Setiausaha Syarikat serta pentadbir. Para graduan yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan berpeluang menyertai Malaysian Association of Company Secretaries (MACS). Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) mula diperkenalkan pada Disember 2002 untuk melatih pelajar-pelajar yang berpotensi untuk menjawat jawatan di dalam sektor perkhidmatan awam serta sebagai diplomat. Program tersebut merupakan gabungan unik pengetahuan yang sesuai dengan keperluan semasa pentadbiran sektor awam moden.

Fakulti kini dianggar telah melahirkan lebih 15,000 graduan yang kini telah bekerja di kedua-dua sektor awam dan swasta. Personaliti, kemahiran insaniah serta pencapaian mereka di dalam kerjaya serta program pascasiswazah merupakan petunjuk positif akan kualiti program yang ditawarkan oleh Fakulti. Ramai di antara graduan Fakulti yang telah melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang lain seperti undang-undang, pentadbiran, kewangan serta pengurusan menunjukkan fleksibiliti serta kebolehpasaran kurikulum yang digubal oleh Fakulti.



SENARAI PROGRAM YANG DITAWARKAN

Fakulti ini menawarkan beberapa kursus program pengajian di dalam bidang sains sosial meliputi pengajian prasiswazah dan pascasiswazah seperti berikut :