Senarai Usul

SENARAI USUL UNTUK DIPERTIMBANG DI DALAM
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ASPAA (MATA) KALI PERTAMA

ASPAA/MATA1/U001-JK

Kategori Usul : PINDAAN PERLEMBAGAAN

Tajuk Usul : Suatu usul bagi meminda peruntukan Fasal 2 Perlembagaan Pertubuhan berkenaan Tempat Urusan.

Nama Pencadang : Wan Muhammad Hasif bin Wan Hassan

Kandungan/Butiran Lengkap : 

Meminda Fasal 2.1 seperti berikut - 

2.1 Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

      Aras 5 Bangunan FSPPP
      Universiti Teknologi MARA
      Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

     dan alamat untuk surat-menyurat pertubuhan adalah

      Aras 5 Bangunan FSPPP
      Universiti Teknologi MARA
      Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

      atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
      Jawatankuasa.



ASPAA/MATA1/U002-JK

Kategori Usul : PINDAAN PERLEMBAGAAN

Tajuk Usul : Suatu usul bagi meminda peruntukan Fasal 3 Perlembagaan Pertubuhan berkenaan Tujuan/Matlamat.

Nama Pencadang : Wan Muhammad Hasif bin Wan Hassan

Kandungan/Butiran Lengkap : 



Dimansuhkan :

3.2 Membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan ahlinya agar dapat menyumbang bakti dan jasa kepada universiti dan masyarakat;

3.3 Membantu UiTM dalam pembentukan modal insan yang berkualiti di dalam bidang sains sosial dan pentadbiran korporat;

3.4 Membantu ahli dan alumni dalam perkembangan profesion di bidang sains sosial dan pentadbiran korporat;

3.5 Mendokong kepentingan am bidang sains sosial dan kemasyarakatan;

3.6 Membantu pihak fakulti serta universiti dalam membudayakan semangat kebersamaan di antara pihak fakulti dan universiti serta alumni dan masyarakat;

Menambah :

3.7 Membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan ahlinya agar dapat menyumbang bakti dan jasa kepada semua tanpa mengira latar belakang, fahaman, kaum, bahasa dan agama;

3.8 Membantu pihak-pihak berkepentingan dalam pembentukan modal insan yang berkualiti;

3.9 Membantu ahli dalam perkembangan profesion;

3.10 Mendokong kepentingan am industri; 

ASPAA/MATA1/U003-JK

Kategori Usul : PINDAAN PERLEMBAGAAN

Tajuk Usul : Suatu usul bagi meminda peruntukan Fasal 8 Perlembagaan Pertubuhan berkenaan Jawatankuasa.

Nama Pencadang : Wan Muhammad Hasif bin Wan Hassan

Kandungan/Butiran Lengkap : 

Dimansuhkan :

8.1.7 Tidak lebih tujuh orang Ketua Biro.

Menambah :

8.1.8 Tidak lebih lima belas (15) orang Exco.

8.13 Sebarang pelantikan ahli Jawatankuasa Eksekutif hendaklah selaras dengan peruntukan undang-undang dan perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri terlebih dahulu.

ASPAA/MATA1/U004-JK

Kategori Usul : PINDAAN PERLEMBAGAAN

Tajuk Usul : Suatu usul bagi meminda peruntukan Fasal 14 Perlembagaan Pertubuhan berkenaan Penasihat/Penaung.

Nama Pencadang : Wan Muhammad Hasif bin Wan Hassan

Kandungan/Butiran Lengkap : 

Menambah :

14.2 Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UiTM (FSPPP) hendaklah dilantik sebagai Penasihat Kehormat ASPAA berkuatkuasa sehingga beliau tamat perkhidmatan sebagai Dekan FSPPP.

14.3 Kontrak pelantikan individu-individu selain Dekan FSPPP sebagai Penasihat/Penaung hendaklah berkuatkuasa selama dua (2) tahun dan boleh diperbaharui.

14.4 Pelantikan Penasihat atau Penaung boleh ditamatkan lebih awal melalui keputusan Jawatankuasa Eksekutif, Mesyuarat Agung atau penarikan diri secara sukarela oleh pemegang jawatan. 

ASPAA/MATA1/U005-JK

Kategori Usul : PINDAAN PERLEMBAGAAN

Tajuk Usul : Suatu usul bagi meminda peruntukan Fasal 12 Perlembagaan Pertubuhan berkenaan Pentadbir Harta.

Nama Pencadang : Wan Muhammad Hasif bin Wan Hassan

Kandungan/Butiran Lengkap : 

Menambah :

12.3 Sebarang pembelian/penjualan harta/asset, pertubuhan perlu mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.

ASPAA/MATA1/U006-JK

Kategori Usul : PINDAAN PERLEMBAGAAN

Tajuk Usul : Suatu usul bagi meminda peruntukan Fasal 16 Perlembagaan Pertubuhan berkenaan Pindaan Perlembagaan.

Nama Pencadang : Wan Muhammad Hasif bin Wan Hassan

Kandungan/Butiran Lengkap : 

16.4 Sebarang pindaan/tambahan kepada perlembagaan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri terlebih dahulu sebelum ianya berkuatkuasa.

ASPAA/MATA1/U007-JK

Kategori Usul : PINDAAN PERLEMBAGAAN

Tajuk Usul : Suatu usul bagi meminda peruntukan Fasal 17 Perlembagaan Pertubuhan berkenaan Pembubaran.

Nama Pencadang : Wan Muhammad Hasif bin Wan Hassan

Kandungan/Butiran Lengkap : 

Dimansuhkan :

17.2 Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

Menambah :

17.2A Sekiranya pertubuhan hendak dibubarkan, kesemua hutang dan tanggungan hendaklah dijelaskan. Lebihan baki asset dan wang hendaklah didermakan kepada Kerajaan atau organisasi lain yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pindaan :

17.3 Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan pembubaran itu. Pembubaran pertubuhan juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran.


ASPAA/MATA1/U008-JK

Kategori Usul : RESOLUSI

Tajuk Usul : Suatu usul bagi mempertimbang pewujudan Sekretariat ASPAA (SASPAA)

Nama Pencadang : Shahrul Sazli Shah

Kandungan/Butiran Lengkap : 

Penubuhan SASPAA adalah bertujuan untuk mengumpulkan seberapa ramai ahli ASPAA yang boleh memberikan komitmen dan kerjasama terhadap segala kegiatan ASPAA.

Penubuhan ini juga boleh membantu pertubuhan dari segi "manpower" bagi melancarkan sebarang aktiviti dan kegiatan ASPAA. Sebagai SASPAA, keutamaan akan diberikan kepada anggotanya dalam mendapatkan kemudahan atau bantuan dari ASPAA. SASPAA juga berfungsi sebagai agen untuk mempromosi ASPAA.