Mutiara Kata Presiden

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam UiTM Di Hatiku. 

Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Datang ke laman rasmi Persatuan Alumni Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Se-Malaysia atau ASPAA. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya laman rasmi ini dapat dilayari oleh semua. 

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan saya ucapkan kepada setiap ahli Jawatankuasa Eksekutif ASPAA Penggal 2016/17 serta pihak-pihak lain yang terlibat kerana telah bertungkus-lumus sehingga ASPAA berjaya mencapai ke tahap ini dan kini telahpun mempunyai laman sesawang sendiri. Saya amat berharap agar laman sesawang ini dapat memberi faedah kepada semua terutamanya ahli ASPAA dan alumni FSPPP dalam melihat segala informasi yang berkaitan serta latar belakang ASPAA merangkumi objektif penubuhan, falsafah, misi, visi, serta pengumuman terkini. 

Semoga dengan wujudnya laman sesawang ini akan dapat menarik lagi ramai keahlian ASPAA dalam kalangan warga alumni FSPPP dan alumni jurusan pentadbiran awam serta korporat sejak penubuhan Maktab MARA dan Institut Teknologi MARA (ITM) lagi. Saya menyeru agar semua alumni dapat sama-sama mendaftarkan keahlian sebagai ahli ASPAA agar sama-sama dapat menyumbang bakti dan tenaga kepada alma mater kita dan juga kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum, bahasa atau agama. 

Ayuh bersama-sama ASPAA kita memartabatkan alma mater kita serta menyumbang bakti demi kelangsungan bidang sains sosial dan kemasyarakatan.

Sekian, salam hormat.


SUHAIMI HAJI ABD SAMAD
Presiden