YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Dilantik Sebagai Penaung ASPAA



Sukacita dimaklumkan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menerima pelantikan secara rasmi sebagai PENAUNG KEHORMAT ASPAA berkuatkuasa 21 Jun 2017. Untuk makluman, beliau adalah merupakan alumni DPA ITM Class of '74 dibawah School of Admin & Law, ITM.

Semoga dengan pelantikan dan penglibatan secara langsung YB Tan Sri akan dapat melonjakkan pencapaian ASPAA dalam menuju objektif melestari kepentingan FSPPP, alumni dan industri.
Sekian, harap maklum.

JAWATANKUASA EKSEKUTIF
PERSATUAN ALUMNI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI UiTM SE-MALAYSIA