Program Bersama Gelandangan @ Seremban




SEREMBAN, 21 April 2017 - Sebuah program kemasyarakatan berjaya dilaksana oleh ASPAA bersama-sama warga Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Kampus Seremban pada 21 April yang lepas. Program yang diadakan pada sebelah malam itu menyantuni golongan gelandangan yang kurang bernasib baik di sekitar bandar Seremban dengan kerjasama Pertubuhan PERKASIH Negeri Sembilan. 

Rombongan ASPAA dan FSPPP berjaya mengedar barangan dan sumbangan kepada masyarakat gelandangan yang terdiri dari pelbagai kaum di sekitar bandar Seremban. Sumbangan-sumbangan yang diterima adalah didermakan ikhlas oleh warga FSPPP dan alumni.