ASPAA Anjur Program 'ASPAA Dialogue Series' Siri 1



SEREMBAN, 21 April 2017 - Persatuan Alumni Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi  UiTM Se-Malaysia (ASPAA) telah berjaya mengadakan aktiviti sulungnya pada 21 April yang lepas bertempat di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Kampus Seremban. Program yang bertajuk 'ASPAA Dialogue Series - Expectation and Challenges in Current Industry' itu dijalankan dengan jayanya secara usahasama bersama Unit Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan (ICAEN) FSPPP  serta Sekretariat Mahasiswa FSPPP dan Persatuan Pelajar Sarjana Muda Sains Pentadbiran (BacAS). 

Program tersebut dirasmikan oleh YBhg. Dr. Yarina Ahmad, Timbalan Dekan (ICAEN) FSPPP. Tiga orang panel yang terdiri dari alumni di sektor awam, swasta dan keusahawanan telah dijemput bagi mengupas tajuk forum dan dihadiri oleh pelajar-pelajar tahun akhir.