Tuesday, 14 March 2017

UiTM-IACA jalin kerjasama didik graduan tangani rasuah



SHAH ALAM 20 Feb. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi universiti pertama di negara ini menjalinkan bekerjasama dengan International Anti-Corruption Academy (IACA) bagi menangani kegiatan rasuah di peringkat global. Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said, kerjasama menerusi memorandum persefahaman (MoU) itu dijangka akan membolehkan universiti itu mengembangkan lagi bidang pendidikan khususnya melibatkan anti-rasuah. 

Menurutnya, IACA merupakan organisasi antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang anti rasuah serta integriti. "Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah pertukaran staf kedua-dua institusi, pengenalan program Diploma Eksekutif Anti Rasuah, kursus jangka pendek dan mesyuarat berkaitan beberapa kajian," katanya selepas menandatangani MoU di antara UiTM dan IACA di sini hari ini. Dalam majlis itu, UiTM diwakili Hassan sementara IACA diwakili Dekan merangkap Setiausaha Eksekutifnya, Martin Kreutner sambil disaksikan Perunding Pusat Governan dan Integriti UiTM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed serta Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM, Prof. Madya Dr. Haidar Dziyauddin. - UTUSAN ONLINE
Share:

Arkib

REGISTER NOW

Powered by Blogger.