Selamat Datang ke Laman Rasmi ASPAA

ASPAA telah ditubuhkan pada Disember 2016 dengan nombor pendaftaran pertubuhan PPM-034-14-19122016.

Kunjungan Hormat ke Pejabat Menteri JPM

Delegasi ASPAA diketuai oleh Presiden, En. Suhaimi Hj Abd Samad telah mengadakan kunjungan hormat keatas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (alumni DPA '74) pada 11 April lepas.

ASPAA Dialogue Series di UiTM Kampus Seremban

Siri wacana 'ASPAA Dialogue Series : Expectation and Challenges in Current Industry' julung kalinya diadakan di UiTM Seremban 3 pada 21 April yang lepas.

ASPAA dan FSPPP Bersama Gelandangan Di Bandar Seremban

Pada 21 April yang lepas, ASPAA bersama FSPPP menjejak golongan gelandangan di bandar Seremban. Program melibatkan alumni serta staf FSPPP.

Majlis Soft Launching ASPAA

ASPAA mengalu-alukan lawatan YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM ke kampus UiTM Seremban 3 dan seterusnya merasmikan Majlis Soft Launching ASPAA .

Friday, 23 June 2017

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Dilantik Sebagai Penaung ASPAA



Sukacita dimaklumkan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menerima pelantikan secara rasmi sebagai PENAUNG KEHORMAT ASPAA berkuatkuasa 21 Jun 2017. Untuk makluman, beliau adalah merupakan alumni DPA ITM Class of '74 dibawah School of Admin & Law, ITM.

Semoga dengan pelantikan dan penglibatan secara langsung YB Tan Sri akan dapat melonjakkan pencapaian ASPAA dalam menuju objektif melestari kepentingan FSPPP, alumni dan industri.
Sekian, harap maklum.

JAWATANKUASA EKSEKUTIF
PERSATUAN ALUMNI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI UiTM SE-MALAYSIA
Share:

PELANCARAN ASPAA




SEREMBAN, 9 Mei 2017 - YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM telah mengadakan lawatan kerja ke Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) di Kampus Seremban pada 9 Mei lepas dan seterusnya melancarkan secara rasmi Persatuan Alumni Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Se-Malaysia (ASPAA). 

Majlis selama dua jam itu dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ASPAA, pengurusan kanan fakulti serta mahasiswa FSPPP. 




Share:

Program Bersama Gelandangan @ Seremban




SEREMBAN, 21 April 2017 - Sebuah program kemasyarakatan berjaya dilaksana oleh ASPAA bersama-sama warga Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Kampus Seremban pada 21 April yang lepas. Program yang diadakan pada sebelah malam itu menyantuni golongan gelandangan yang kurang bernasib baik di sekitar bandar Seremban dengan kerjasama Pertubuhan PERKASIH Negeri Sembilan. 

Rombongan ASPAA dan FSPPP berjaya mengedar barangan dan sumbangan kepada masyarakat gelandangan yang terdiri dari pelbagai kaum di sekitar bandar Seremban. Sumbangan-sumbangan yang diterima adalah didermakan ikhlas oleh warga FSPPP dan alumni.
Share:

ASPAA Anjur Program 'ASPAA Dialogue Series' Siri 1



SEREMBAN, 21 April 2017 - Persatuan Alumni Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi  UiTM Se-Malaysia (ASPAA) telah berjaya mengadakan aktiviti sulungnya pada 21 April yang lepas bertempat di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Kampus Seremban. Program yang bertajuk 'ASPAA Dialogue Series - Expectation and Challenges in Current Industry' itu dijalankan dengan jayanya secara usahasama bersama Unit Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan (ICAEN) FSPPP  serta Sekretariat Mahasiswa FSPPP dan Persatuan Pelajar Sarjana Muda Sains Pentadbiran (BacAS). 

Program tersebut dirasmikan oleh YBhg. Dr. Yarina Ahmad, Timbalan Dekan (ICAEN) FSPPP. Tiga orang panel yang terdiri dari alumni di sektor awam, swasta dan keusahawanan telah dijemput bagi mengupas tajuk forum dan dihadiri oleh pelajar-pelajar tahun akhir.
Share:

Monday, 8 May 2017

Delegasi ASPAA Mengadakan Kunjungan Hormat Ke Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


Pada 11 April 2017 yang lepas, delegasi ASPAA diketuai oleh Encik Suhaimi Hj Abd Samad telah diberi kesempatan untuk mengadakan kunjungan hormat keatas Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan alumni program DPA ITM tahun 1974.

Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan bagi memperkenalkan ASPAA serta bertujuan menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara ASPAA dan para alumni. Turut bersama di dalam sesi tersebut adalah Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri iaitu Encik Bakar Jalal.






Share:

Tuesday, 14 March 2017

UiTM-IACA jalin kerjasama didik graduan tangani rasuah



SHAH ALAM 20 Feb. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi universiti pertama di negara ini menjalinkan bekerjasama dengan International Anti-Corruption Academy (IACA) bagi menangani kegiatan rasuah di peringkat global. Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said, kerjasama menerusi memorandum persefahaman (MoU) itu dijangka akan membolehkan universiti itu mengembangkan lagi bidang pendidikan khususnya melibatkan anti-rasuah. 

Menurutnya, IACA merupakan organisasi antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang anti rasuah serta integriti. "Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah pertukaran staf kedua-dua institusi, pengenalan program Diploma Eksekutif Anti Rasuah, kursus jangka pendek dan mesyuarat berkaitan beberapa kajian," katanya selepas menandatangani MoU di antara UiTM dan IACA di sini hari ini. Dalam majlis itu, UiTM diwakili Hassan sementara IACA diwakili Dekan merangkap Setiausaha Eksekutifnya, Martin Kreutner sambil disaksikan Perunding Pusat Governan dan Integriti UiTM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed serta Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM, Prof. Madya Dr. Haidar Dziyauddin. - UTUSAN ONLINE
Share:

Friday, 13 January 2017

[NST] Gap year option: Varsity students to get a year off from study



KUALA LUMPUR, 13 JAN: The Higher Education Ministry will implement the Gap Year 2017 programme starting September to allow undergraduates to take a year off from studying to pursue their interests. 

Higher Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the practice, which was common abroad, would affect eight universities. 

“These students can take a year off to gain industrial work experience or pursue their interest in arts. The universities can also make it as their programme. It can be a part of the National Service Training Programme,” he said after delivering a speech during the Amanat 2017 at the Putrajaya International Convention Centre. 

Idris said the ministry was looking into working with the police, army or the Immigration Department on the programme. 

He said among the universities that would take part in the programme were Universiti Utara Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia and Universiti Malaysia Sabah. 

University Malaya Student Representative Council president Hazwan Syafiq Haznain said the introduction of the programme was timely as students would have more time to gain industrial exposure. 

“Students may use this as an opportunity to gain more work experience apart from just reading from books and learning things during lecture sessions. They will gain hands-on experience,” he said. 

Hazwan, 21, a third-year quantity surveying student said by doing this, students would also gain the ability to solve things during a critical situation. 

“I would like to know more about the standard operating procedure of the GAP Year 2017 programme.” 

He said with the Gap Year 2017 students could take part in things that might be of interest to them, such as student exchange, leadership programmes, or work to get extra income.

 “The industrial training session can be incorporated during this year gap,” he said. 

Universiti Putra Malaysia Student Representative Council Vice-President Shatesh Kumar Sangar, 22, said volunteerism would open opportunities for students to gain more real-world experience. 

“Through volunteerism, participants are exposed to the real world, which will increase their awareness towards the needs of the world.” 

He said the programme would give graduates a chance to acquire knowledge in various fields of study. 

“The experience, as well as the knowledge that they have gained throughout the programme will be useful when conducting and carrying out the final year project.”
Share:

Arkib

REGISTER NOW

Powered by Blogger.